KUALA LUMPUR - Dakwaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusannya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat adalah tidak benar. Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor mendakwa, ini kerana bilangan terkini kerusi kerajaan hanya tinggal 98.
Warga Nigeria dalang Love Scam, Parcel Scam tumpas
A
A
KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan Love Scam dan Parcel Scam yang didalangi warga Nigeria tumpas dalam serbuan berasingan di sekitar Kajang, Selangor pada Rabu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sepasukan pegawai dan anggota JSJK memberkas enam lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu.
Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barang yang disyaki digunakan dalam sindiket itu termasuk lapan komputer riba, 17 telefon bimbit, dua modem wifi serta dua kad mesin juruwang automatik (ATM). Siasatan mendapati sindiket yang aktif sejak lima tahun lalu itu menipu warga tempatan dan luar negara selain mempunyai kaitan dengan sekurang-kurangnya lapan kes, katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ubah suai kereta mewah, sorok dadah RM6.4 juta
A
A
IPOH - Taktik dua lelaki menyembunyikan dadah bernilai lebih RM6.4 juta dengan menyimpannya dalam but kereta mewah jenis Bentley yang diubahsuai terbongkar selepas gagal melepasi sekatan jalan raya (SJR) Covid-19 di Plaza Tol Gopeng di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menahan kenderaan dinaiki suspek berusia 41 dan 47 tahun itu setelah melihat mereka dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 7.30 petang.
Suspek dalam perjalanan dari Johor menuju ke utara itu terpaksa melalui susur keluar plaza tol berkenaan untuk mencari mekanik sebelum ditahan anggota yang bertugas.
Mior Faridalathrash berkata, pemeriksaan menemui 123 bungkusan teh mengandungi 128.78 kilogram dadah jenis methamphetamine.
PDRM siasat anggota keluar kenyataan jelik terhadap pelatih wanita
A
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang jurulatih sebuah pusat latihan polis (Pulapol) kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia mencemarkan integriti PDRM serta tahap profesionalisme di institusi Pulapol. Siasatan dalaman terhadap jurulatih polis itu telah dimulakan dan sehingga siasatan diperoleh, anggota itu akan dipindahkan untuk membuat tugas am pejabat. Pucuk pimpinan PDRM menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kenyataan, perbuatan serta perilaku yang boleh ditafsirkan sebagai sexist dan seumpamanya dalam kalangan warga PDRM, katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dua ditahan kes samun klinik gigi
A
A
KUALA LUMPUR - Polis menahan dua suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kes samun sebuah klinik pergigian di Taman Melati, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 dan 32 tahun itu, ditahan di sekitar Wangsa Maju kira-kira empat jam selepas kejadian samun itu.
Beliau berkata, pihaknya masih memburu dua lagi baki suspek disyaki terlibat kes berkenaan yang masih bebas.
“Dalam kes ini, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Saga serta sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan hasil semakan, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.