Dua ditahan kes samun klinik gigi
A
A
KUALA LUMPUR - Polis menahan dua suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kes samun sebuah klinik pergigian di Taman Melati, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 dan 32 tahun itu, ditahan di sekitar Wangsa Maju kira-kira empat jam selepas kejadian samun itu.
Beliau berkata, pihaknya masih memburu dua lagi baki suspek disyaki terlibat kes berkenaan yang masih bebas.
“Dalam kes ini, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Saga serta sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan hasil semakan, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.