comparemela.com

Helm Polis News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

PDRM siasat anggota keluar kenyataan jelik terhadap pelatih wanita

PDRM siasat anggota keluar kenyataan jelik terhadap pelatih wanita A KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang jurulatih sebuah pusat latihan polis (Pulapol) kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita. Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia mencemarkan integriti PDRM serta tahap profesionalisme di institusi Pulapol. Siasatan dalaman terhadap jurulatih polis itu telah dimulakan dan sehingga siasatan diperoleh, anggota itu akan dipindahkan untuk membuat tugas am pejabat. Pucuk pimpinan PDRM menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kenyataan, perbuatan serta perilaku yang boleh ditafsirkan sebagai sexist dan seumpamanya dalam kalangan warga PDRM, katanya dalam kenyataan pada Ahad.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.