KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sentiasa memantau harga bahan binaan bagi mengelakkan kenaikan, sekali gus mengurangkan beban kepada kontraktor kecil. Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, antara langkah yang diambil termasuk menguat kuasakan pekeliling baharu, iaitu PK2.4 Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga mulai 1 Januari hingga 30 Disember ini. Jelas beliau, pekeliling baharu itu termasuk meliputi harga barangan bagi kerja-kerja binaan seperti kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.
KUALA LUMPUR - Industri pembinaan dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini pada 18 Mac tahun lalu sehingga kini. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, daripada jumlah itu, RM18 bilion adalah anggaran kerugian dalam tempoh PKP 3.0 yang bermula pada 1 Jun lalu sehingga September 2021. Katanya, baki RM24 bilion merupakan kerugian daripada pelaksanaan PKP 1.0 pada tahun lalu yang menjejaskan pelaksanaan kerja pembinaan daripada Mac hingga Julai 2020.
KUALA TERENGGANU – Rhu Tapai, Setiu bakal dikenali sebagai pekan lada hitam apabila sebuah syarikat dari Amerika Syarikat, McCormick melabur RM320 juta bagi mengusahakan tanaman lada hitam secara komersial di kawasan tersebut. Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas hampir 600 hektar kepada syarikat ini untuk melaksanakan projek tanaman lada hitam.
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Dasar Kabotaj tidak wajar dipersalahkan sebagai satu-satunya faktor apabila Malaysia tidak terlibat dalam projek sistem kabel dasar laut Apricot, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Malah, beliau menegaskan, ini berikutan polisi atau pendekatan berkaitan adalah tertakluk kepada pematuhan Dasar Kabotaj yang telah diamalkan sejak 1980. Menurutnya, sama ada Malaysia terbabit atau tidak dalam projek Apricot atau projek-projek lain, ini adalah berdasarkan pelbagai faktor lain termasuk tawaran dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat gergasi teknologi.