Jarak suntikan antara dua dos terlalu lama kemungkinan punca kadar keberkesanan vaksin jatuh sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Kes makin tinggi, salahkah taktik perang kita
A
A
HARI ini hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti di Kuala Lumpur.
PKPD telah mengurung sebahagian besar 8 juta warga Lembah Klang di kediaman masing-masing dari 3 hingga 16 Julai apabila hanya boleh bergerak sekitar radius 10 kilometer. Lebih tragis, PKPD tersebut adalah sambungan daripada total lockdown di seluruh negara yang sudah bermula sejak 1 Jun lalu.
Pendek kata secara mudahnya sudah 44 hari rakyat Malaysia terutamanya warga Lembah Klang berkurung .
Sebagai perbandingan rakyat Malaysia juga pernah berkurung secara lebih ketat pada PKP1.0 selama 47 hari dari 18 Mac sehingga 3 Mei 2020.
Kebimbangan varian Delta kalis vaksin
A
A
SHAH ALAM - Varian Delta kini sedang menghantui hampir 100 buah negara sejak empat bulan lalu sekali gus menjadi varian dominan Covid-19 baharu yang menjadi ancaman negara besar seperti England, Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.
Tidak terkecuali Malaysia, varian yang berasal dari India itu turun dikesan apabila mengikut data bertarikh 2 Julai lalu, sebanyak 80 kes telah dilaporkan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga memberi amaran bahawa dunia kini dalam tempoh sangat bahaya ketika mendepani pandemik Covid-19 lebih-lebih lagi varian Delta terus menular dan bermutasi.
Bagaimanapun pakar-pakar antarabangsa kini dalam dilema tentang kemungkinan vaksin sedia ada kurang berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh varian Delta berbanding strain Covid-19 yang lain.
Percepatkan vaksinasi di Selangor
A
SHAH ALAM - Selangor perlu mencapai kadar vaksinasi sebanyak 30 peratus daripada populasinya dengan segera bagi memastikan penularan Covid-19 di negeri ini berada dalam keadaan yang terkawal.
Pakar virologi dari Universiti Malaya, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, peningkatan pemberian vaksin itu perlu dilaksanakan bagi membolehkan negeri itu mencapai penurunan yang mendadak bagi kes positif harian dan kematian.
Beliau berpandangan, langkah tersebut merupakan antara prasyarat yang perlu dipenuhi sebelum Selangor bergerak ke fasa seterusnya dalam proses pemulihan daripada Covid-19.
“Sasaran 30 peratus itu kerana saya menganggarkan lebih kurang 15 peratus daripada penduduk Selangor telah pun terdedah kepada jangkitan sebelum ini.
Suntik seramai mungkin dos pertama sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.