Kes makin tinggi, salahkah taktik perang kita
A
A
HARI ini hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti di Kuala Lumpur.
PKPD telah 'mengurung' sebahagian besar 8 juta warga Lembah Klang di kediaman masing-masing dari 3 hingga 16 Julai apabila hanya boleh bergerak sekitar radius 10 kilometer. Lebih tragis, PKPD tersebut adalah sambungan daripada total lockdown di seluruh negara yang sudah bermula sejak 1 Jun lalu.
Pendek kata secara mudahnya sudah 44 hari rakyat Malaysia terutamanya warga Lembah Klang 'berkurung'.
Sebagai perbandingan rakyat Malaysia juga pernah berkurung secara lebih ketat pada PKP1.0 selama 47 hari dari 18 Mac sehingga 3 Mei 2020.