Percepatkan vaksinasi di Selangor
A
SHAH ALAM - Selangor perlu mencapai kadar vaksinasi sebanyak 30 peratus daripada populasinya dengan segera bagi memastikan penularan Covid-19 di negeri ini berada dalam keadaan yang terkawal.
Pakar virologi dari Universiti Malaya, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, peningkatan pemberian vaksin itu perlu dilaksanakan bagi membolehkan negeri itu mencapai penurunan yang mendadak bagi kes positif harian dan kematian.
Beliau berpandangan, langkah tersebut merupakan antara prasyarat yang perlu dipenuhi sebelum Selangor bergerak ke fasa seterusnya dalam proses pemulihan daripada Covid-19.
“Sasaran 30 peratus itu kerana saya menganggarkan lebih kurang 15 peratus daripada penduduk Selangor telah pun terdedah kepada jangkitan sebelum ini.