MELAKA - Melaka akan beralih kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) jika suntikan lengkap dua dos vaksin melepasi 50 peratus penduduk dewasa akhir bulan ini. Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini Melaka masih berada pada fasa satu PPN berikutan kadar suntikan vaksin dos kedua golongan itu baru mencecah 35.3 peratus berbanding suntikan dos pertama mencapai 62. 6 peratus iaitu melepasi 50 peratus.
PASIR GUDANG - Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) mampu membekalkan 12 juta dos vaksin Covid-19 Sinovac untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjelang Julai ini. Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah dos berkenaan cukup untuk memberi suntikan kepada kira-kira enam juta rakyat Malaysia.