comparemela.com

Latest Breaking News On - Chairman limited - Page 1 : comparemela.com

Jho Low serah telefon kepada bekas Pengerusi 1MDB

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berada di talian semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB. Bekas Pengarah Pelaburan di Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) Kelvin Tan Kay Jin, 50, berkata, Jho Low bertindak demikian semasa mesyuarat pada 26 September 2009 yang dihadiri beberapa bekas Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Azlan Mohd Zainol dan Tan Sri Ismee Ismail serta bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee.

Siasatan SPRM tiada agenda politik

Siasatan SPRM tiada agenda politik A A SHAH ALAM - Tiada sebarang agenda politik dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak kira individu mahu pun tokoh tertentu. Bekas Pegawai Kanan SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob berkata, siapa pun yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah harus mempertahankan diri di mahkamah tanpa menjadikan SPRM sebagai kambing hitam atau mempunyai agenda politik. Menurutnya, masyarakat atau mana-mana pihak boleh lihat semula atau menyemak track record SPRM dalam siasatan atau pertuduhan terhadap ahli politik menerusi laporan media. Yakin dan percaya masyarakat makin dewasa, SPRM tidak ada agenda politik dalam menyiasat kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan sesiapa sahaja sama ada individu tersebut pemimpin atau tokoh tertentu.

Pharmaniaga bekal 12 juta dos vaksin menjelang Julai ini

PASIR GUDANG - Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) mampu membekalkan 12 juta dos vaksin Covid-19 Sinovac untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjelang Julai ini. Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah dos berkenaan cukup untuk memberi suntikan kepada kira-kira enam juta rakyat Malaysia.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.