MELAKA - Melaka akan beralih kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) jika suntikan lengkap dua dos vaksin melepasi 50 peratus penduduk dewasa akhir bulan ini. Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini Melaka masih berada pada fasa satu PPN berikutan kadar suntikan vaksin dos kedua golongan itu baru mencecah 35.3 peratus berbanding suntikan dos pertama mencapai 62. 6 peratus iaitu melepasi 50 peratus.