BALING - Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) daerah Baling merancang menaik taraf Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam ke PPV Integrasi bagi meningkatkan vaksinasi kepada 3,000 suntikan sehari.
POKOK SENA - Nasib seorang kanak-kanak yang menderita penyakit sawan dan masalah saraf di Kampung Bukit dekat sini mendapat perhatian pihak pasar raya Econsave cawangan Pokok Sena.
Mekanisme bantuan ketika ini terbukti lebih berkesan
July 7, 2021
ALOR SETAR: Struktur dan mekanisme penyampaian bantuan disusun atur kerajaan negeri ternyata telah dapat menangani keperluan rakyat yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, sepanjang PKP 3.0 dari 1 hingga 28 Jun berjaya diharungi dengan baik sama ada dari sudut penyediaan barangan dan agihan kepada penduduk yang terputus bekalan.
Advertisement
Menurut beliau, set barangan yang disediakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sentiasa dipantau dan jika berkurangan akan ditambah, selain bantuan tambahan daripada ADUN, Ahli Parlimen dan NGO yang turut membantu.
Jelas beliau, semua bantuan dipusatkan menerusi PKOB dan maklumat yang diselaraskan di peringkat PKOB dapat mengurangkan risiko keciciran dan pertindanan bantuan serta terjamin sampai kepada mereka yang memerlukan.
Hasrat arwah emak tertunai
A
A
KUALA NERANG - Lima beradik yang kematian ibu pada penghujung Jun lalu terharu dengan perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang menyumbang sebuah kediaman baharu untuk mereka berteduh di Kampung Pasir Puteh, Tualak, dekat sini.
Anak sulung, Nurfarra Asyikin Norazmi, 20, berkata, sumbangan tersebut secara tidak langsung turut menunaikan hasrat Allahyarham ibu mereka, Norhashimah Abdul Majid, 43, yang mahu membina rumah sendiri, namun terhalang akibat kekangan kewangan.
Menurutnya, dia difahamkan rumah yang mempunyai tiga bilik tersebut bakal diduduki dalam tempoh dua bulan akan datang selepas siap dibina. Terima kasih kepada LZNK dan semua pihak yang tampil membantu kami sekeluarga. Sebelum ini memang ada hasrat mencari rumah sewa untuk kami lima beradik kerana sebelum ini menumpang di rumah bapa saudara di sini selepas berhijrah dari Pulau Pinang bersama arwah emak pada tahun lalu.
Penduduk terputus bekalan makanan boleh ambil di PKOB atau PKWR
A
ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan terus menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) kerajaan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, orang ramai boleh menghubungi PKOB dan PKWR di daerah masing -masing kerana ia dilengkapi sistem dan mekanisme pengagihan terbaik selain selamat untuk semua pihak.
Menurutnya, kerajaan telah menyediakan lebih 100,000 bakul makanan kepada rakyat yang memerlukan sejak lebih setahun negara berdepan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) bermula PKP 1.0 hingga terkini, termasuk ketika Kedah dikenakan PKPB (Pergerakan Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPD (Pergerakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan).