comparemela.com

Latest Breaking News On - Estuary explain five - Page 1 : comparemela.com

Hasrat arwah emak tertunai

Hasrat arwah emak tertunai A A KUALA NERANG - Lima beradik yang kematian ibu pada penghujung Jun lalu terharu dengan perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang menyumbang sebuah kediaman baharu untuk mereka berteduh di Kampung Pasir Puteh, Tualak, dekat sini. Anak sulung, Nurfarra Asyikin Norazmi, 20, berkata, sumbangan tersebut secara tidak langsung turut menunaikan hasrat Allahyarham ibu mereka, Norhashimah Abdul Majid, 43, yang mahu membina rumah sendiri, namun terhalang akibat kekangan kewangan. Menurutnya, dia difahamkan rumah yang mempunyai tiga bilik tersebut bakal diduduki dalam tempoh dua bulan akan datang selepas siap dibina. Terima kasih kepada LZNK dan semua pihak yang tampil membantu kami sekeluarga. Sebelum ini memang ada hasrat mencari rumah sewa untuk kami lima beradik kerana sebelum ini menumpang di rumah bapa saudara di sini selepas berhijrah dari Pulau Pinang bersama arwah emak pada tahun lalu.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.