comparemela.com

Page 3 - Perdana Menteri Baharu News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Muhyiddin masuk Istana Negara melalui pintu 1

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai tiba di Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 2.49 petang tadi. Kehadiran Muhyiddin yang juga Perdana Menteri sementara itu bagaimanapun tidak sempat dirakam Sinar Harian susulan hampir kesemua petugas media menunggu di pintu 2.

Muhyiddin yakinkan pemimpin Bersatu terima Ismail Sabri

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan dalam meyakinkan pemimpin daripada parti itu untuk menyokong dan memilih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu.

Jawatan Perdana Menteri milik Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kesemua 114 ahli Parlimen yang menghadiri pertemuan di Istana Negara pada Khamis menyatakan sokongan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan. Menurut Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, bersandarkan sokongan sebulat suara itu Ismail Sabri kini mempunyai majoriti untuk memegang jawatan pemimpin nombor satu negara.

Anwar masih berpeluang jadi Perdana Menteri: Shamsul Iskandar

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang menjadi Perdana Menteri. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandangan, dari segi jumlah sokongan yang diterima oleh ahli Parlimen Port Dickson itu adalah munasabah.

Mohon Agong guna kuasa eksekutif isytihar darurat politik terhad

SHAH ALAM - Gabungan Melayu (Gabung) yang mewakili lebih 100 NGO Melayu-Islam kebangsaan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggunakan kuasa eksekutif bagi mengisytiharkan darurat politik terhad sehingga lapan bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh dilaksanakan. Koordinator Gabung, Ahmad Yazid Othman berkata, langkah itu wajar sekiranya kerajaan perpaduan tidak berjaya ditubuhkan jika majoriti yang kuat tidak dapat diperoleh bagi memilih seorang Perdana Menteri.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.