KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru pegawai syariah menghayati semangat 'Keluarga Malaysia' serta tanggungjawab bagi memastikan hukum syarak dilaksanakan dengan adil dan saksama dengan meletakkan standard yang tinggi dalam melaksanakan usaha keadilan Islam.
JOHOR BAHRU - Rakyat menantikan tindakan Perdana Menteri terhadap jemaah menteri sekiranya gagal menunjukkan prestasi cemerlang selepas 100 hari kabinet dibentuk. Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, perkara itu menjadi persoalan dalam minda rakyat termasuk apa akan berlaku selepas tempoh tersebut jika tidak memenuhi pencapaian ditetapkan.
IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyifatkan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat masih dihantui elemen rasuah, perkauman dan salah guna kuasa. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pemilihan beberapa individu yang pernah didakwa di mahkamah dikhuatiri akan berlaku salah guna kuasa dan rasuah.
SHAH ALAM - Pembentukan barisan kabinet baharu kerajaan perlu dibuat berdasarkan keperluan negara dan kewibawaan yang ditonjolkan oleh barisan kepimpinannya. Presiden Parti Berjasa Malaysia, Zamani Ibrahim berkata, pelantikan pemimpin kabinet kerajaan tidak boleh dibuat atas faktor membalas budi susulan sokongan kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.