KULAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menafikan terdapat usaha menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin parti itu dan Pakatan Harapan (PH).
DALAM mencari perdamaian antara junta dan penduduk Myanmar, pembentukan kerajaan perpaduan awam-tentera dapat menjadi titik permulaan. Namun, di negara yang bergolak sejak rampasan kuasa tentera 1 Februari lalu, ramai berpendapat ia idea yang tidak masuk akal.
SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang menjadi Perdana Menteri. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandangan, dari segi jumlah sokongan yang diterima oleh ahli Parlimen Port Dickson itu adalah munasabah.
SHAH ALAM - Gabungan Melayu (Gabung) yang mewakili lebih 100 NGO Melayu-Islam kebangsaan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggunakan kuasa eksekutif bagi mengisytiharkan darurat politik terhad sehingga lapan bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh dilaksanakan. Koordinator Gabung, Ahmad Yazid Othman berkata, langkah itu wajar sekiranya kerajaan perpaduan tidak berjaya ditubuhkan jika majoriti yang kuat tidak dapat diperoleh bagi memilih seorang Perdana Menteri.