IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyifatkan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat masih dihantui elemen rasuah, perkauman dan salah guna kuasa. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pemilihan beberapa individu yang pernah didakwa di mahkamah dikhuatiri akan berlaku salah guna kuasa dan rasuah.