Krisis UMNO: Zahid dicabar buat pemilihan parti
A
SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencabar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan pemilihan parti sekiranya terdesak mahukan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO.
Ahli Parlimen Padang Besar itu berkata, Ahmad Zahid tidak sewajarnya memanipulasi sokongan ahli-ahli MKT UMNO bagi menukar ketetapan dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 sekiranya beliau mahukan 41 ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Jelas beliau, sekiranya Ahmad Zahid bersikap gentleman dan mahu semua pemimpin UMNO ikut cakap beliau, maka pemilihan parti perlu dilakukan segera sebagai usaha menyelamatkan UMNO sendiri.
Gesaan Zahid berundur terus bergema sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.