ISKANDAR PUTERI - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan kekal setia kepada UMNO meskipun menyokong Perikatan Nasional (PN) sehingga keabsahannya ditentukan pada September nanti.
SHAH ALAM - Pas berpendapat bahawa proses pemulihan negara melawan pandemik Covid-19 akan terganggu sekiranya berlaku peletakan jawatan antara menteri yang mempunyai tanggungjawab penting dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sokongan ahli Parlimen UMNO kepada kerajaan telah membuktikan ia adalah fokus utama dalam menstabilkan politik dan ekonomi di samping memerangi Covid-19, mencapai imuniti berkelompok serta mensejahterakan kehidupan rakyat.
IPOH - Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menafikan dirinya tersenarai dalam 31 ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menyokong pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, pendiriannya ketika ini adalah untuk patuh terhadap ketetapan dibuat parti sepertimana dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.
31 ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong PN dan Muhyiddin sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
UMNO Perak gesa ahli Parlimen akur ketetapan parti sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.