comparemela.com

Nsiden Tembakan News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Ketua komuniti Rohingya mati ditembak

COX'S BAZAR - Seorang pemimpin komuniti Rohingya yang terkenal, Mohib Ullah mati ditembak oleh sekumpulan penyerang tidak dikenali di sebuah kem pelarian di Cox's Bazar pada Rabu. Jurucakap polis, Rafiqul Islam berkata, Mohib ditembak ketika beliau berada di luar pejabatnya untuk menunaikan solat pada jam 8 malam waktu tempatan.

Dua penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

BUKIT MERTAJAM - Dua penjenayah warga asing maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Bukit Mengkuang, Kubang Semang di sini pada Khamis. Dalam kejadian pada jam 5.50 pagi itu, dua lelaki terbabit dikesan menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu di Jalan Penanti dalam keadaan mencurigakan.

Nesly menangis mahu jumpa ibu beberapa hari sebelum kejadian

SIBU - Seorang daripada mangsa insiden tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan pagi Jumaat, mendiang Laskar Udara (LU) Nesly Anak Nabau menangis kerana rindu ingin berjumpa dengan ibunya tiga hari lepas. Menurut kakak sulung mangsa, Qalesyha Abdullah@Zuliza Nabau, Nesly yang berusia 27 tahun dan telah mendirikan rumah tangga, adalah anak bongsu daripada empat beradik, memang hampir setiap hari akan menghubungi ibunya yang berada di Sibu.

Jangan sebar spekulasi kes tembak anggota TUDM: TPM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap tiada sebarang spekulasi dan penyebaran berita tidak benar berhubung insiden tembakan di Unit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kota Samarahan, Kuching pada Jumaat yang mengorbankan empat anggota TUDM. Dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi menjaga sensitiviti serta nama baik ahli keluarga perajurit yang terlibat sehingga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Suspek rampas senjata api dari bilik simpanan senjata balai pengawal

KUCHING - Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam insiden tembakan di Balai Pengawal (HANDAU) di kem TUDM di Kota Samarahan, dekat sini pagi Jumaat. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Mancha Ata berkata, kejadian berlaku apabila suspek yang merupakan salah seorang anggota berkenaan dikatakan telah merampas senjata api dari tempat simpanan senjata api balai pengawal itu.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.