KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap tiada sebarang spekulasi dan penyebaran berita tidak benar berhubung insiden tembakan di Unit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kota Samarahan, Kuching pada Jumaat yang mengorbankan empat anggota TUDM. Dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi menjaga sensitiviti serta nama baik ahli keluarga perajurit yang terlibat sehingga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.