SIBU - Seorang daripada mangsa insiden tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan pagi Jumaat, mendiang Laskar Udara (LU) Nesly Anak Nabau menangis kerana rindu ingin berjumpa dengan ibunya tiga hari lepas. Menurut kakak sulung mangsa, Qalesyha Abdullah@Zuliza Nabau, Nesly yang berusia 27 tahun dan telah mendirikan rumah tangga, adalah anak bongsu daripada empat beradik, memang hampir setiap hari akan menghubungi ibunya yang berada di Sibu.