KUALA LUMPUR - Jumlah kapasiti individu termasuk bilangan ahli Parlimen untuk menghadiri Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang dijadualkan bermula 6 September akan diteliti, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
PDRM terima 206 laporan berkaitan perhimpunan MP pembangkang
A
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 206 laporan berhubung perhimpunan oleh ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka di sini pada Isnin.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan bagi laporan yang diterima dan akan memanggil individu yang terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan. Kes itu disiasat mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574), katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Polis terima 206 laporan berhubung himpunan MP pembangkang
August 4, 2021
KUALA LUMPUR: Polis menerima 206 laporan di seluruh negara berhubung perhimpunan oleh Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka, kelmarin susulan penangguhan Sidang Khas Parlimen.
Ketua Polis Negara Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata satu kertas siasatan telah dibuka bagi kesemua laporan yang diterima dan individu yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.
Advertisement
Sehubungan itu katanya polis meminta semua individu yang terlibat dalam perhimpunan itu supaya memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (P.U (A) 293), Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan juga Seks
Perhimpunan pembangkang tidak akan ubah keputusan tangguh Parlimen
A
A
KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen meskipun mengetahui Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini telah ditangguhkan adalah perbuatan yang disengajakan walaupun mereka sedar ia tidak akan mengubah keputusan itu.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, tindakan mereka itu adalah untuk menarik perhatian ramai termasuk masyarakat antarabangsa.
“Himpunan ini secara jelas melanggari prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal. Gelagat ahli Parlimen ini dikhuatiri boleh mempengaruhi mana-mana kumpulan yang selepas ini mahu mengadakan himpunan dan melanggari SOP.