comparemela.com

Latest Breaking News On - Council people no - Page 1 : comparemela.com

PDRM terima 206 laporan berkaitan perhimpunan MP pembangkang

PDRM terima 206 laporan berkaitan perhimpunan MP pembangkang A KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 206 laporan berhubung perhimpunan oleh ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka di sini pada Isnin. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan bagi laporan yang diterima dan akan memanggil individu yang terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan. Kes itu disiasat mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574), katanya melalui kenyataan pada Selasa.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.