Perhimpunan pembangkang tidak akan ubah keputusan tangguh Parlimen
A
A
KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen meskipun mengetahui Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini telah ditangguhkan adalah perbuatan yang disengajakan walaupun mereka sedar ia tidak akan mengubah keputusan itu.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, tindakan mereka itu adalah untuk menarik perhatian ramai termasuk masyarakat antarabangsa.
“Himpunan ini secara jelas melanggari prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal. Gelagat ahli Parlimen ini dikhuatiri boleh mempengaruhi mana-mana kumpulan yang selepas ini mahu mengadakan himpunan dan melanggari SOP.