KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada Jumaat. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan tahniah itu menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yakin negara dapat dipulihkan kembali melalui kepimpinan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan.
SHAH ALAM - Pembentukan barisan kabinet baharu kerajaan perlu dibuat berdasarkan keperluan negara dan kewibawaan yang ditonjolkan oleh barisan kepimpinannya. Presiden Parti Berjasa Malaysia, Zamani Ibrahim berkata, pelantikan pemimpin kabinet kerajaan tidak boleh dibuat atas faktor membalas budi susulan sokongan kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
SEREMBAN - Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook meminta semua pihak berlapang dada dan menghormati pelantikan ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan. Kata ahli Parlimen Seremban itu, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berkenan melantik ahli Parlimen Bera itu, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan kerana beliau mendapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat.