KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada Jumaat. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan tahniah itu menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.