comparemela.com

Latest Breaking News On - Innovation jamaluddin - Page 5 : comparemela.com

Mesyuarat Khas Parlimen: Muhyiddin akan bentang PPN hari ini

Mesyuarat Khas Parlimen: Muhyiddin akan bentang PPN hari ini A KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik COVID-19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dijadual menerangkan berkenaan program vaksinasi. Sementara itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan menerangkan mengenai pakej-pakej bantuan ekonomi manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Pertahanan dijadual memberi penerangan mengenai pelaksanaan darurat, pada akhir mesyuarat kelak.

Malaysia terima sejuta dos vaksin Pfizer sumbangan AS

Malaysia terima sejuta dos vaksin Pfizer sumbangan AS 05 Jul 2021 / 10:53 H. Bernama SUBANG: Malaysia hari ini menerima sejuta dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNtech sumbangan Amerika Syarikat (AS) untuk terus menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang rancak berlangsung ketika ini. Pesawat kargo TH 384 jenis Airbus Boeing 767 milik Raya Airways yang membawa bekalan vaksin itu selamat mendarat kira-kira 8.10 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini. Ketibaan pesawat berkenaan disambut Menteri Penyelaras Pick yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters. Berlepas dari Singapura kira-kira 7 pagi hari ini, bekalan vaksin berkenaan dihantar dari Cincinnati/Northern Kentucky International Airport 2 Julai lepas dan melalui beberapa hentian sepanjang tiga hari sebelum tiba di Malaysia.

Vaksin: Malaysia gesa Bank Dunia bantu negara membangun

Vaksin: Malaysia gesa Bank Dunia bantu negara membangun
harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.