KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya supaya tidak memasukkan isu sensitif membabitkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar ia tidak dijadikan 'isu' oleh pembangkang.
Jho Low hadir mesyuarat khas Lembaga Pengarah 1MDB pada 2009: Saksi sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
JOHOR BAHRU - Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik menadi Perdana Menteri kesembilan supaya tidak mengulangi kesilapan dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, Muhyiddin melakukan beberapa kesilapan semasa menjadi memegang jawatan nombor satu negara itu.
KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Pelaburan Terengganu Investment Authority (TIA) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, terdapat dua versi laporan 'Minutes of the Special Meeting of The Board of 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbeza membabitkan nama Low Taek Jho.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berada di talian semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB. Bekas Pengarah Pelaburan di Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) Kelvin Tan Kay Jin, 50, berkata, Jho Low bertindak demikian semasa mesyuarat pada 26 September 2009 yang dihadiri beberapa bekas Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Azlan Mohd Zainol dan Tan Sri Ismee Ismail serta bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee.