comparemela.com

Latest Breaking News On - Grandfather series mohamad - Page 11 : comparemela.com

Satu kesalahan jika ada usaha MKT UMNO keluar kerajaan

‘Satu kesalahan jika ada usaha MKT UMNO keluar kerajaan’ SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sekiranya terdapat usaha di pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Parlimen dibubar, ia adalah satu kesalahan dan mereka patut diambil tindakan, tegas Datuk Seri Shahidan Kassim. Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) itu berkata, ini kerana keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menjadi panduan kepada ahli parti ialah menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan dan ‘no Anwar, no DAP’. “Ini bermakna ahli-ahli Parlimen UMNO akan berpegang kepada arahan tersebut dan akan terus berada dalam kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Lebih 23,000 pegawai perubatan kontrak tidak diserap

SHAH ALAM- Kerajaan perlu mengemukakan segera formula terbaik untuk menyerap pegawai perubatan kontrak ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan berbanding mengikut prosedur sedia ada yang berdasarkan kekosongan.

Desak buka Parlimen, bukan pemilihan UMNO

Desak buka Parlimen, bukan pemilihan UMNO A A JOHOR BAHRU - Menteri-menteri UMNO dalam kerajaan hari ini sepatutnya berjuang untuk membuka semula Parlimen dan bukannya mendesak parti untuk mengadakan pemilihan yang kini ditangguhkan akibat wabak Covid-19. Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, mereka gagal mendesak Parlimen dibuka iaitu hanya untuk 220 ahli Parlimen bersidang sebaliknya mahukan pemilihan UMNO yang akan melibatkan 150,000 ahli di seluruh negara dalam keadaan pandemik itu masih melanda. Awak (Menteri-menteri UMNO yang mendesak diadakan pemilihan) nak buat (buka Parlimen semula) untuk 220 Ahli Parlimen (bersidang) pun susah dan berdolak-dalih. Mereka kata (tujuan adakan pemilihan UMNO) nak selesai kemelut dalam parti.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.