comparemela.com

Latest Breaking News On - Ministers fel - Page 1 : comparemela.com

Jangan roboh Perpaduan Ummah lantaran kesilapan kita

Jangan roboh Perpaduan Ummah lantaran kesilapan kita July 7, 2021 MESYUARAT Jemaah Kabinet telah memutuskan yang Parlimen akan bersidang sebelum pengisytiharan Darurat tamat iaitu sebelum 1 Ogos tahun ini. Dengan pengumuman ini redalah segala tuntutan agar Parlimen segera bersidang. Sudah pasti dalam kita menggalas beban pandemik COVID-19 ini rakyat mahukan sesuatu yang positif dihasilkan melalui persidangan Parlimen kali ini. Bincang dan bawalah perkara-perkara yang boleh memanfaatkan kehidupan rakyat dan negara. Jangan digunakan pula Parlimen nanti sebagai gelanggang memaki hamun, melepaskan geram dan dendam, kerana dalam keadaan tenat ini rakyat tidak minat melihat atau mendengar aksi biadab dan tidak bertamadun apatah lagi dari wakil-wakil rakyat.

Desak buka Parlimen, bukan pemilihan UMNO

Desak buka Parlimen, bukan pemilihan UMNO A A JOHOR BAHRU - Menteri-menteri UMNO dalam kerajaan hari ini sepatutnya berjuang untuk membuka semula Parlimen dan bukannya mendesak parti untuk mengadakan pemilihan yang kini ditangguhkan akibat wabak Covid-19. Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, mereka gagal mendesak Parlimen dibuka iaitu hanya untuk 220 ahli Parlimen bersidang sebaliknya mahukan pemilihan UMNO yang akan melibatkan 150,000 ahli di seluruh negara dalam keadaan pandemik itu masih melanda. Awak (Menteri-menteri UMNO yang mendesak diadakan pemilihan) nak buat (buka Parlimen semula) untuk 220 Ahli Parlimen (bersidang) pun susah dan berdolak-dalih. Mereka kata (tujuan adakan pemilihan UMNO) nak selesai kemelut dalam parti.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.