SHAH ALAM - Cadangan untuk mengadakan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau ‘recall election’ perlu dipertimbangkan bagi menghalang wakil rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat sewaktu pilihan raya daripada melompat parti.
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin kerana sentiasa berada disisinya ketika susah dan senang. Menurut Ahli Parlimen Bera itu, isterinya, Muhaini atau panggilan manjanya 'Nani' disifatkan sebagai seorang yang ringkas dan tidak gemar menonjolkan diri.
Ahli Dewan Rakyat Perlu Pilih Calon PM & Serah Undi Kepada Istana Negara Esok, 18 Ogos therakyatpost.com - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from therakyatpost.com Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Keabsahan PM, PN ditentukan di Parlimen September depan
A
SHAH ALAM -
[DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk kekal memimpin negara buat masa ini.
Bagaimanapun, satu usul undi percaya terhadapnya akan dibentangkan di Parlimen ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September ini bagi membolehkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.
Menurut Muhyiddin, cadangan itu telah disembah maklum kepada di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.
YB, tolonglah jaga adab ketika berbahas
A
SELEPAS lebih enam bulan, Dewan Rakyat kembali bersidang sebaik sahaja Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 membuka tirai pada Isnin.
Dewan Rakyat sepatutnya bersidang pada Januari tetapi terpaksa ditangguhkan susulan Proklamasi Darurat diisytiharkan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.
Tidak sampai sejam bersidang pada Isnin lalu, dewan yang mulia itu panas dengan pertikaman lidah.
Tindakan beberapa ahli Parlimen juga menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun terpaksa meninggikan suara selepas beberapa tegurannya tidak diendahkan.
“Ini apa yang menjerit-menjerit ini? Saya belum selesai lagi cakap. Boleh dengar tidak saya cakap? Kamu bawa peraturan mesyuarat tapi kamu sendiri tidak ikut peraturan mesyuarat.