HARI ini kesemua barisan kabinet yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengangkat sumpah di Istana Negara. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Seri Paduka pada 2.30 petang hari ini.
PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia barisan kabinet baharu pada 2.30 petang, Isnin di Istana Negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri pada Jumaat mengumumkan barisan kabinetnya untuk bersama-sama pentadbirannya sebentar tadi.
Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet iniperlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.