comparemela.com

Latest Breaking News On - Chairman women fel - Page 1 : comparemela.com

MKT UMNO bermesyuarat malam ini, disertai Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Selepas dua kali ditangguhkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini. Ini merupakan kali pertama mesyuarat MKT berlangsung selepas Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, pada 21 Ogos lepas.

Reda kehilangan suami akibat Covid-19

TEMERLOH - Kehilangan yang amat dirasai, bukan hanya kami anak beranak dan keluarga malah rakan-rakannya. Demikian luahan Nur Haslin Mohamad Suhaimi Udaya 30, isteri kepada Muhammad Izzmanudin Ibrahim, 34, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 7.48 pagi akibat jangkitan Covid-19 pada 7 Ogos lalu selepas ditidurkan selama 14 sejak 25 Julai lalu. Nur Haslin reda walaupun sedih dengan kehilangan arwah suaminya yang juga pegawai perkhidmatan pelanggan di CIMB Bank Berhad di Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu akibat Covid-19.

Keengganan Speaker sahkan jumlah sokongan PM cabul demokrasi

SHAH ALAM - Keengganan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan kepada Istana Negara bahawa hanya 100 ahli Parlimen kini menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri seperti mencabuli sistem demokrasi.

Proses pemulihan negara terganggu jika menteri letak jawatan

SHAH ALAM - Pas berpendapat bahawa proses pemulihan negara melawan pandemik Covid-19 akan terganggu sekiranya berlaku peletakan jawatan antara menteri yang mempunyai tanggungjawab penting dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sokongan ahli Parlimen UMNO kepada kerajaan telah membuktikan ia adalah fokus utama dalam menstabilkan politik dan ekonomi di samping memerangi Covid-19, mencapai imuniti berkelompok serta mensejahterakan kehidupan rakyat.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.