TEMERLOH - Kehilangan yang amat dirasai, bukan hanya kami anak beranak dan keluarga malah rakan-rakannya. Demikian luahan Nur Haslin Mohamad Suhaimi Udaya 30, isteri kepada Muhammad Izzmanudin Ibrahim, 34, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 7.48 pagi akibat jangkitan Covid-19 pada 7 Ogos lalu selepas ditidurkan selama 14 sejak 25 Julai lalu. Nur Haslin reda walaupun sedih dengan kehilangan arwah suaminya yang juga pegawai perkhidmatan pelanggan di CIMB Bank Berhad di Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu akibat Covid-19.