Azmin Ali pilihan utama jadi TPM sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Redah Sungai Galas hantar bantuan
A
A
KUALA KRAI - Meskipun terpaksa meredah Sungai Galas selama sejam dan mendaki tebing tinggi, namun ia tidak mematahkan semangat ahli Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kuala Krai untuk turun padang mengagihkan bantuan makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan persisir sungai itu.
Pengerusinya, Tarmizi Mat Yusoff menyifatkan cabaran itu cukup sinonim dengan pihaknya setiap kali turun padang mengagihkan sumbangan kepada penduduk khususnya di Kampung Bahagia, Mambong, Sri Tanjong, Sungai Durian, Sungai Rimau dan Johol. Sungai Galas merupakan laluan utama masuk ke kampung-kampung tersebut. Walaupun ada laluan darat tetapi kami perlu menggunakan pacuan empat roda dan mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk sampai ke kawasan kampung itu, katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
MOVAK bantu percepat vaksin
A
A
KERAJAAN Malaysia mengambil langkah-langkah segera menangani wabak Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha mempergiatkan mobilasi vaksinasi seluruh negara.
Seiring dengan keperluan program tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah bergandingan usahasama melalui pembentukan program Mobilasi Vaksin Komuniti atau MOVAK.
MOVAK merupakan inisiatif yang digerakkan bagi tujuan membantu program vaksinasi kebangsaan untuk mempercepatkan sasaran 80 peratus herd immunity atau imuniti kelompok menjelang Oktober tahun ini.
Saya bersama Menteri KPN, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah menjadi pencetus program tersebut. Matlamat utama MOVAK adalah menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melalui usaha meningkatkan jumlah pendaftaran dan penerimaan vaksin, selain membantu mempercepatkan pembentukan imuniti kelompok.
[WAWANCARA] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) boleh dikatakan sebagai kumpulan barisan hadapan dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19. Selain perumahan rakyat, di bawahnya bernaung pasukan bomba yang terlibat secara langsung dalam program sanitasi. Nasib kira-kira 500,000 penjaja dan peniaga kecil pula sebahagiannya terletak di tangan 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara. Dalam Wawancara Bersama Sinar Ahad minggu ini, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin bercakap mengenai usaha untuk membantu peniaga kecil yang teruk terjejas akibat wabak, isu harga rumah yang terlalu mahal, dan tidak ketinggalan menjawab tohmahan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebuah kerajaan yang gagal.
KPKT wujud pusat panggilan hubungi individu gagal hadir janji temu sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.