Ron Devlin’s article about Nativity BVM High School’s program for international exchange students awakened memories of Pottsville Area High School’s American Field Service club.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) meletakkan sasaran kepada pasukan hoki remaja negara sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023, Disember tahun hadapan.
Selepas tertunda dua tahun akibat pandemik Covid-19, Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) ke-10 kini kembali dan bakal menyaksikan enam pasukan berentap.
Hujan, banjir landa negara akibat monsoon break sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
MOVAK bantu percepat vaksin
A
A
KERAJAAN Malaysia mengambil langkah-langkah segera menangani wabak Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha mempergiatkan mobilasi vaksinasi seluruh negara.
Seiring dengan keperluan program tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah bergandingan usahasama melalui pembentukan program Mobilasi Vaksin Komuniti atau MOVAK.
MOVAK merupakan inisiatif yang digerakkan bagi tujuan membantu program vaksinasi kebangsaan untuk mempercepatkan sasaran 80 peratus herd immunity atau imuniti kelompok menjelang Oktober tahun ini.
Saya bersama Menteri KPN, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah menjadi pencetus program tersebut. Matlamat utama MOVAK adalah menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melalui usaha meningkatkan jumlah pendaftaran dan penerimaan vaksin, selain membantu mempercepatkan pembentukan imuniti kelompok.