Bincang isu bendera putih, bunuh diri
A
[WAWANCARA] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak termakan dakyah golongan antivaksin.
Jelas beliau, kerajaan mahu memastikan kesihatan seluruh rakyat terpelihara dan tidak mempunyai sebarang niat lain.
“Kalau Mok Teh, Mok De nak minum air kelapa, air zamzam, makan habbatus sauda, atau apa sahaja herba, silakan.
“Tapi pastikan daftar dan hadir untuk vaksinasi. Ini ikhtiar kita dalam melawan pandemik Covid-19 yang disepakati majoriti ulama di seluruh dunia,” kata beliau dalam Wawancara Bersama Sinar Ahad.
Zulkifli turut mengupas dua isu paling hangat di Malaysia sekarang iaitu insiden bunuh diri dan kempen bendera putih.
[WAWANCARA] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) boleh dikatakan sebagai kumpulan barisan hadapan dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19. Selain perumahan rakyat, di bawahnya bernaung pasukan bomba yang terlibat secara langsung dalam program sanitasi. Nasib kira-kira 500,000 penjaja dan peniaga kecil pula sebahagiannya terletak di tangan 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara. Dalam Wawancara Bersama Sinar Ahad minggu ini, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin bercakap mengenai usaha untuk membantu peniaga kecil yang teruk terjejas akibat wabak, isu harga rumah yang terlalu mahal, dan tidak ketinggalan menjawab tohmahan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebuah kerajaan yang gagal.