KUALA LUMPUR - Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober 2023. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.