Stay updated with breaking news from Bersara. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober 2023. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ....
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) setelah enam kali memenanginya tanpa pernah kalah sekali gus bersara dari dunia politik. Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sudah tiba masa untuk beliau bersara dan waktunya dilihat sesuai. ....