MOSCOW - Ratu Elizabeth II, 96, akan melantik perdana menteri baharu United Kingdom di Istana Balmoral, Scotland dan bukan di Istana Buckingham, London susulan isu kesihatan yang.
KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa yang dilantik menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) komited untuk merangka hala tuju kementerian agar lebih proaktif dan menyumbang kepada kemakmuran negara bagi memastikan Keluarga Malaysia memperoleh manfaat. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata KKMM mempunyai peranan sangat penting, lebih-lebih lagi ketika negara sedang berhadapan pelbagai cabaran seperti pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi, keperluan pemerkasaan sektor digital serta pembelaan kehidupan rakyat. “InsyaALLAH, saya akan berusaha sedaya upaya bagi memikul tugas dan amanah yang diberikan ini sebaik mungkin,” katanya serta menjunjung kasih perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pelantikannya dalam kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.