Live Breaking News & Updates on Mohamad Anton Tamba Thursday
Stay updated with breaking news from Mohamad anton tamba thursday. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.
Bayi derita kanser otak akan ditebuk leher A A POKOK SENA - Bayi dari Kampung Nawa di sini yang menghidap kanser otak tahap empat akan dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan menebuk lehernya dalam masa terdekat. Ibunya, Nurul Asyikin Mustafa, 26, berkata, Muhammad Adam Zikri Mohamad Zainal yang berusia setahun sepatutnya menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad. Bagaimanapun, katanya, pembedahan itu ditunda berikutan anak keduanya itu demam. Menurutnya, doktor memberitahu pembedahan menebuk leher dilakukan untuk membantu Adam Zikri bernafas dengan baik supaya tidak perlu lagi bergantung kepada paip yang dimasukkan ke dalam mulutnya. Pembedahan dilakukan agar Adam Zikri tidak perlu bergantung kepada paip yang disalurkan ke mulutnya kerana doktor bimbang berlaku jangkitan kuman. Jika berjaya, doktor bakal benarkan anak kami ini pulang ke rumah selepas hampir empat bulan berada di unit rawatan rapi neo ....
Bayi usia setahun derita kanser otak tahap empat A A POKOK SENA - Pasangan suami isteri dari Kampung Nawa, Pokok Sena pilu melihat bayi lelaki mereka yang berusia setahun diuji menghidap penyakit kanser otak tahap keempat dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Ibunya, Nurul Asyikin Mustafa, 26, berkata, anak keduanya, Muhammad Adam Zikri Mohamad Zainal telah menjalani dua kali pembedahan dan juga kimoterapi. Menurutnya, penyakit anaknya itu dikesan pada 29 Mac selepas mengalami demam yang panjang dan muntah. Semasa anak jatuh sakit, doktor memberitahu dia kekurangan garam dalam badan, tetapi demamnya masih juga tidak kebah selepas diberikan air garam. ....