Bayi derita kanser otak akan ditebuk leher
A
A
POKOK SENA - Bayi dari Kampung Nawa di sini yang menghidap kanser otak tahap empat akan dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan menebuk lehernya dalam masa terdekat.
Ibunya, Nurul Asyikin Mustafa, 26, berkata, Muhammad Adam Zikri Mohamad Zainal yang berusia setahun sepatutnya menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad.
Bagaimanapun, katanya, pembedahan itu ditunda berikutan anak keduanya itu demam.
Menurutnya, doktor memberitahu pembedahan menebuk leher dilakukan untuk membantu Adam Zikri bernafas dengan baik supaya tidak perlu lagi bergantung kepada paip yang dimasukkan ke dalam mulutnya. Pembedahan dilakukan agar Adam Zikri tidak perlu bergantung kepada paip yang disalurkan ke mulutnya kerana doktor bimbang berlaku jangkitan kuman. Jika berjaya, doktor bakal benarkan anak kami ini pulang ke rumah selepas hampir empat bulan berada di unit rawatan rapi neonatal (NICU) HSB Alor Se