comparemela.com

Latest Breaking News On - Meetings typical term third parliament fourth - Page 1 : comparemela.com

Ketua penerangan parti PN sokong pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin

Ketua penerangan parti PN sokong pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin A A SHAH ALAM - Semua ketua penerangan parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyokong keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, mereka juga yakin dengan ketokohan dan kewibawaan yang dimiliki kedua-dua pemimpin itu mampu meletakkan negara di tahap yang lebih baik. Kedua-dua tokoh ini adalah pemimpin berpengalaman serta berkebolehan untuk membantu Tan Sri Muhyiddin memimpin negara. Kami mendoakan agar pelantikan ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama erat yang sedia ada antara parti-parti dalam kerajaan, dalam kerangka kita sebagai sebuah kerajaan yang telus, bebas rasuah dan berintegriti, kata kenyataan itu.

Sidang Parlimen: Fokus kebajikan rakyat, pulih daripada Covid-19

Sidang Parlimen: Fokus kebajikan rakyat, pulih daripada Covid-19 July 6, 2021 KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik sidang Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada hujung Julai ini dan Dewan Negara pada awal Ogos. “PAS berharap sesi penerangan dan perbahasan yang diadakan nanti benar-benar menatijahkan sesuatu yang menguntungkan rakyat dan negara,” kata Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini. Advertisement Beliau berkata, semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara mesti bersidang secara matang dengan meletakkan keutamaan memulihkan negara daripada wabak Covid-19. “Wakil-wakil daripada PAS hendaklah bersedia dengan menunjukkan akhlak yang baik serta perbahasan yang berkualiti,” ujarnya selaku Ahli Dewan Negara.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.