18 Jul 2021 / 12:42 H.
PUTATAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengeluarkan lebih 100,000 surat kebenaran bergerak kepada nelayan, petani dan penternak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (pix) berkata langkah itu bagi menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk rakyat, dan individu yang diberikan kebenaran di seluruh negara itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.
“Mereka yang diberi kebenaran ini, kita kategorikan sebagai sektor informal yang diberi kebenaran kepada MAFI untuk pengesahan pergerakan. Ini berbeza dengan sektor industri agromakanan yang (surat kebenaran) dikeluarkan oleh MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
100,000 surat kebenaran bergerak petani, penternak, nelayan
A
A
PUTATAN - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengeluarkan lebih 100,000 surat kebenaran bergerak kepada nelayan, petani dan penternak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, langkah itu bagi menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk rakyat dan individu yang diberikan kebenaran di seluruh negara itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19. Mereka yang diberi kebenaran ini, kita kategorikan sebagai sektor informal yang diberi kebenaran kepada MAFI untuk pengesahan pergerakan. Ini berbeza dengan sektor industri agromakanan yang (surat kebenaran) dikeluarkan oleh MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
Sidang kedua, ketiga ruang ahli Parlimen beri pandangan
A
PUTATAN -
[DIKEMAS KINI] Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 adalah sidang khas yang tertakluk kepada peraturan mesyuarat, jelas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perbahasan dalam sidang berkenaan juga ditentukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sidang kali ini adalah sidang khas yang dipanggil Perdana Menteri, tentu ia tertakluk kepada peraturan mesyuarat dan perbahasan tertakluk kepada urusan mesyuarat yang ditentukan Perdana Menteri. Jadi Perdana Menteri meletakkan sidang khas kali ini untuk membincangkan beberapa perkara dan juga kementerian berkaitan pengurusan Covid-19, katanya kepada pemberita selepas meninjau jeti dan Pasar Nelayan Kampung Pasir Putih pada Ahad.