comparemela.com

Latest Breaking News On - Kerajaan selangor - Page 1 : comparemela.com

Selangor tubuh Pusat Anis bantu anak istimewa

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menubuhkan Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (Pusat Anis) bagi memenuhi keperluan anak istimewa di negeri itu dengan menyediakan perkhidmatan yang mampu diakses oleh golongan tersebut. Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata, antara perkhidmatan disediakan pusat tersebut adalah memantau modul dan kurikulum yang akan digunakan, memberi nasihat dan latihan bagi kakitangan Anis serta memberikan khidmat kaunseling kepada ibu bapa memerlukan.

Kerajaan Selangor sedia khidmat kaunseling ketika PKP

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan Pusat Kaunseling Selangor - Talian Sahabat (PKS - TS) yang menawarkan bantuan kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan berikutan isu tekanan mental yang amat membimbangkan akibat pandemik dan pelaksanaan PKP baru-baru ini. Amirudin turut memuat naik poster PKS -TS mengenai cara membuat janji temu dengan pihak PKS -TS, yang boleh dihubungi di talian 035519 0500 atau menerusi aplikasi WhatsApp di 013-300 9291.

Majikan berdepan tindakan jika tidak vaksin pekerja

AMPANG - Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan di negeri ini yang tidak menghantar pekerjanya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. Jawatankuasa Program Vaksin Selangor (Selvax), Rodziah Ismail berkata, pengumuman berkenaan tindakan tersebut akan dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat. Menurut beliau, tindakan itu dibuat atas dasar keselamatan pekerja-pekerja tersebut.

Selangor agih 60,000 kit ujian Covid-19 percuma

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengagihkan 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak itu pada September depan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kit itu akan diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengagihkan 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak itu pada September depan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kit itu akan diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selangor pandang serius isu caj pengurusan kematian

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memandang serius laporan caj tinggi pengurusan dan pengebumian pesakit Covid-19 sama ada membabitkan agama Islam atau bukan Islam di negeri ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu sudah dibawa dalam mesyuarat Exco pada Rabu bagi memastikan dapat ditangani segera.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.