PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia barisan kabinet baharu pada 2.30 petang, Isnin di Istana Negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri pada Jumaat mengumumkan barisan kabinetnya untuk bersama-sama pentadbirannya sebentar tadi.
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia akan menyaksikan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada jam 2.30 petang ini. Istiadat tersebut akan diadakan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.