KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Pelaburan Terengganu Investment Authority (TIA) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, terdapat dua versi laporan 'Minutes of the Special Meeting of The Board of 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbeza membabitkan nama Low Taek Jho.
KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum dapat menyerahkan writ saman AS$3.7837 bilion kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berada di talian semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB. Bekas Pengarah Pelaburan di Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) Kelvin Tan Kay Jin, 50, berkata, Jho Low bertindak demikian semasa mesyuarat pada 26 September 2009 yang dihadiri beberapa bekas Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Azlan Mohd Zainol dan Tan Sri Ismee Ismail serta bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee.
KUALA LUMPUR- Sejumlah aset bernilai RM114 juta, yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, telah dipulangkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.