comparemela.com

Latest Breaking News On - ப்ரெஸிடெஂட் ஃபெல் - Page 25 : comparemela.com

Perlu rombakan kabinet Malaysia

Perlu rombakan kabinet Malaysia A PERSELISIHAN dua parti utama dalam kerajaan, UMNO dan Bersatu sudah berlarutan sejak September 2020. Kedua-dua pihak mempunyai hujahan dan pandangan tersendiri. Memilih pihak mana mahu dianggap benar atau betul bergantung sejauh mana maklumat yang kita tahu ada kebenaran. Sejauh mana kita meneliti dan memahami kronologi peristiwa yang berlaku. Namun, kerap kali politik dan sejarah, sikap berpihak bergantung kepada di mana kita berdiri. Dalam Bersatu, ada kumpulan mahu ‘membunuh’ UMNO. Mereka melakukan keputusan yang berusaha mengecilkan peranan dan ke-dudukan strategik UMNO dalam politik. Malah, perundingan kerusi parti UMNO-Bersatu gagal di peringkat awal juga kerana sikap dan pemikiran kumpulan berkenaan.

Redakan suhu politik Malaysia

Redakan suhu politik Malaysia A KEPUTUSAN Majlis Tertinggi UMNO 7 Julai lalu membawa kepada pelbagai reaksi. Beberapa jam sebelum mesyuarat tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Kanan Luar Negeri. Pelantikan ke jawatan tertinggi dalam kabinet Malaysia itu barangkali bertujuan meredakan keresahan yang timbul selepas Biro Politik UMNO memberikan 14 hari bagi kerajaan memberi maklum balas mengenai isu Parlimen bersidang. Hubungan UMNO-Bersatu serta hubungan Perdana Menteri dengan kepimpinan UMNO barangkali mahu diperbaiki. Kesannya juga ke atas pemimpin UMNO dalam kabinet. Pendirian UMNO tidak mengejutkan walaupun ada menganggap langkah Perdana Menteri merupakan grand design strategik untuk senyapkan pelan UMNO keluar kerajaan.

Gerakan angkat Ismail Sabri jadi PM positif , tapi : Menteri Bersatu

Gerakan angkat Ismail Sabri jadi PM positif , tapi.: Menteri Bersatu A A SHAH ALAM - Seorang menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui gerakan UMNO untuk mengangkat Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri interim, mungkin satu langkah positif daripada parti itu. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berpandangan semua ahli Parlimen UMNO, termasuk Ismail Sabri yang baharu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, akan terus menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada saat negara bergelut mendepani krisis pandemik Covid-19 ketika ini. Jelas beliau, perkara paling penting difikirkan semua pihak ketika ini adalah usaha memperkasakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan memastikan inisiatif memerangi Covid-19 berjaya.

Bincang lain, umum lain

Bincang lain, umum lain A A AWANG terkejut juga baca posting FB Tan Sri Annuar Musa bahawa kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MT UMNO. Dalam posting itu juga Annuar menulis, “Apa yang dibaca kepada media adalah kenyataan yang disiapkan lebih awal. Pagi ini (Khamis) apabila saya menjenguk grup WhatsApp Ketua UMNO Bahagian, ramai yang mengeluh.” Tulis Annuar lagi, “Lain dibincang lain pula yang dirumuskan.” Beliau juga menggesa agar Presiden UMNO “segera keluarkan kenyataan yang benar.” Tulisnya lagi, “Lambat laun kedudukan sebenar akan terserlah jua. Tak baik untuk parti kita.” Tentulah orang ramai terkejut dengan hal itu. Jikalau benar apa yang ditulis oleh Annuar, nampaknya Presiden UMNO tidak menyampaikan hasrat dan keputusan mesyuarat yang sebenar.

Bahaya sindrom keletihan politik

Bahaya sindrom keletihan politik A KALAU ditanya status kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu masih sah atau tidak, jawapannya mudah. Kerajaan PN masih sah di sisi perundangan dan keabsahannya masih tetap utuh. Ini kerana keputusan yang dibuat oleh mana-mana parti politik mengenai sokongannya kepada kerajaan dalam sebuah pakatan politik tidak membawa sebarang implikasi undang-undang. Ini boleh disandarkan kepada Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan jelas bahawa penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli dewan itu sendiri. Justeru, sehingga majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat memutuskan sebaliknya, maka PN masih sebuah kerajaan yang sah. Di pihak UMNO yang menarik sokongan itu juga seperti ada yang tidak beres. Dilihat, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti bersendirian dalam membuat keputusan.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.