comparemela.com

Latest Breaking News On - Bureau politics fel - Page 1 : comparemela.com

[EKSKLUSIF] Mereka datang dan tawarkan jawatan PM kepada Ku Li

Enggan komen Ku Li ditawar jawatan Perdana Menteri

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan enggan memberi komen mengenai Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan ditawar jawatan Perdana Menteri mewakili parti itu sebanyak dua kali dalam tempoh terdekat ini. Ahli Parlimen Pontian itu turut meminta maaf kerana tidak memberikan komen mengenai isu terbabit.

Redakan suhu politik Malaysia

Redakan suhu politik Malaysia A KEPUTUSAN Majlis Tertinggi UMNO 7 Julai lalu membawa kepada pelbagai reaksi. Beberapa jam sebelum mesyuarat tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Kanan Luar Negeri. Pelantikan ke jawatan tertinggi dalam kabinet Malaysia itu barangkali bertujuan meredakan keresahan yang timbul selepas Biro Politik UMNO memberikan 14 hari bagi kerajaan memberi maklum balas mengenai isu Parlimen bersidang. Hubungan UMNO-Bersatu serta hubungan Perdana Menteri dengan kepimpinan UMNO barangkali mahu diperbaiki. Kesannya juga ke atas pemimpin UMNO dalam kabinet. Pendirian UMNO tidak mengejutkan walaupun ada menganggap langkah Perdana Menteri merupakan grand design strategik untuk senyapkan pelan UMNO keluar kerajaan.

UMNO tidak calonkan Zahid sebagai PM

UMNO tidak calonkan Zahid sebagai PM A A SHAH ALAM - UMNO tidak mencalonkan presiden parti, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebagai perdana menteri yang baharu kerana mahu memberi ruang kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menumpukan kes di mahkamah. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendirian tersebut dinyatakan sendiri oleh Zahid yang akan mencadangkan beberapa nama lain untuk diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Menurutnya, UMNO tidak ketandusan pemimpin seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta ramai lagi yang berpengalaman luas sebagai anggota Kabinet. “Presiden UMNO sudah menyatakan bahawa beliau berjiwa besar untuk tidak dicalonkan selaku perdana menteri kerana mahu menumpukan kepada membersihkan namanya di mahkamah.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.