Covid-19: Kes harian baharu boleh melonjak 10,000?
A
A
KUALA LUMPUR - Kes harian baharu Covid-19 tidak mustahil boleh menjangkau 10 ribu melihatkan kepada trend peningkatan kes yang mendadak sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (3 Julai hingga 9 Julai).
Kemungkinan ini juga berdasarkan kebiasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan aktiviti saringan kesihatan awam dan bersasar di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).
Dua negeri yang mencatat kes harian terbanyak kebelakangan ini iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan (WP Kuala Lumpur) diletakkan di bawah PKPD bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021. PKPD di Selangor melibatkan 34 mukim sementara WP Kuala Lumpur, membabitkan 14 lokaliti.
Malaysia hari ini (9 Julai) mencipta sejarah kes harian baharu tertinggi sebanyak 9,180 kes, sejak tiga kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
10 Jul 2021 / 09:26 H. Bernama
KUALA LUMPUR: Kes harian baharu Covid-19 tidak mustahil boleh menjangkau 10 ribu melihatkan kepada trend peningkatan kes yang mendadak sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (3 Julai hingga 9 Julai).
Kemungkinan ini juga berdasarkan kebiasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan aktiviti saringan kesihatan awam dan bersasar di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).
Dua negeri yang mencatat kes harian terbanyak kebelakangan ini iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan (WP Kuala Lumpur) diletakkan di bawah PKPD bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021. PKPD di Selangor melibatkan 34 mukim sementara WP Kuala Lumpur, membabitkan 14 lokaliti.
Malaysia hari ini (9 Julai) mencipta sejarah kes harian baharu tertinggi sebanyak 9,180 kes, sejak tiga kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
Antara kilang, kluster dan sporadik
MUNGKIN ramai antara kita sudah tidak teruja lagi nak tahu jumlah kes positif Covid-19.
Mungkin juga semakin kurang yang nak duduk depan televisyen tonton gandingan duo VIP yang sinonim dengan isu pandemik, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketakutan terhadap Covid-19 makin terhakis apabila ramai yang tak kisah nak duduk rapat-rapat, pakai facemask tak cukup sifat dan tak nampak hospital-hospital dah semakin tenat!
Apa puncanya ketakutan itu semakin pudar? Mungkinkah rakyat sudah jemu terkurung? Atau semakin menerima virus Covid-19 sama seperti selesema atau demam denggi?
Maklum sajalah, lockdown bersambung-sambung, makin ramai yang sudah divaksinasi, di mana wajarnya angka ribuan itu tak turun-turun? Itu yang dipertikaikan.
Kemasukan ke ICU masih tinggi, petugas alami lesu upaya
July 8, 2021
KUALA LUMPUR: Trend kemasukan kes Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) masih berada di tahap tinggi yang menyaksikan penggunaan katil ICU masih melebihi kadar 90 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pada masa sama, petugas barisan hadapan (Perubatan dan Kesihatan) mengalami gejala lesu upaya kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes Covid-19 untuk tempoh yang kian berlarutan.
Advertisement
“KKM (Kementerian Kesihatan) ingin memaklumkan bahawa jumlah purata kes baharu harian selama tujuh hari (30 Jun hingga 6 Julai 2021) ialah sebanyak 6,539 kes dan ia didapati masih tinggi berbanding nilai ambang PPN (Pelan Pemulihan Negara) (untuk Fasa Satu ke Fasa Dua) iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari (atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk).
Covid-19: Varian baharu punca kes di ICU tidak turun ketara sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.